Karnival citra ini adalah anjuran Kelab kebudayaan dan sesiapa yang mengambil citra kebudayaan seperti citra gamelan,citra seni lakonan, citra foto dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan kebudayaan harus mengambil bahagian dalam karnival ini.Karnival ini akan berlansung selama 3 hari iaitu bermula dari semalam iaitu hari khamis besamaan dengan 16/12/2016 dan berakhir pada esok iaitu pada hari sabtu 18/12/2016.Karvial ini akan dilakukan di sekitar DECTAR dan juga di sekitar Panggung Seni.
Friday, 16 December 2016
KL Eco Forest
Kuala Lumpur Eco Forest ini berdekatan dengan Menara KL terletak di tengah bandar Kuala Lumpur.Kuala Lumpur Eco forest ini menggunakan hutan simpan bukit nenas.Untuk masuk ke sini tidak memerlukan bayaran satu sen pon dan di Eco forest mempunyai jambatan gantung dan mempunyai view yang cantik.Menara KL juga mempunyai view yang cantik dan harga untuk tengok view tu hanya membayar sebanyak RM 45 untuk dewasa yang mempunyai Mykad dan RM 12 untuk kanak-kanak yang mempunyai Mykid.Macam-macam yang terdapat yang di Kuala Lumpur ini.
Wednesday, 14 December 2016
Fester 2.0
Fester ini ialah pertandingan teater antara kolej-kolej yang terdapat di sekitar UKM.Fester ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat terpendam yang ada di dalam pelajar-pelajar UKM.Setiap Kolej telah membuat persembahan teater yang sungguh mantap.Kolej saya iaitu Kolej Tun Hussein Onn telah dinobatkan juara pertandingan Fester ini kerana jalan cerita dan pilihan pelakon yang sungguh baik.Saya berasa amat berbangga kerana menjadi sebahagian dari Kolej Tun Hussein Onn ini.
Malam Interaksi KTHO
Malam Interaksi Kolej Tun Hussein Onn telah berlansung pada malam 8 Disember 2016.Malam Interaksi ialah bertujuan untuk pelajar-pelajar di Kolej Tun Hussein Onn untuk mengenali budaya-budaya di Malaysia iaitu dengan mengadakan persembahan yang terdiri dari semua Kaum dan suku Kaum yang terdapat di Malaysia.Malam Interaksi ini juga menyediakan pelbagai makanan-makanan tradisi-tradisi dari semua kaum.Saya berharap Malam Interkasi ini akan diadakan setiap tahun bagi pelajar-pelajar yang baru masuk di Kolej Tun Hussein Onn untuk mengenali budaya setiap kaum dengan lebih mendalam lagi.Saya juga berharap pada tahun-tahun akan datang ramai lagi pelajar akan menyertai malam ini.
Majlis Anugerah Pelajar
Ini ialah salah satu cara untuk mengumpulkan dana untuk program Majlis Anugerah Pelajar.Setiap AJK akan bekerja selama sejam di kedai burger ini.Jualan burger ini dilakukan di Kolej Tun Hussein Onn di tingkat atas foyer sebelah K-shop.Kami juga melakukan penghantaran dengan hanya mengenakan sebanyak rm 0.50 sahaja setiap penghantaran.
Jom tumpang
Jom Tumpang ialah sebuah syarikat yang telah dilakukan oleh Pelajar-pelajar di UKM sendiri.Jom tumpang ini ialah perkhidmatan seperti Uber untuk memudah pelajar UKM bergerak dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain.Jom Tumpang ini bukan sahaja membuat perkhidmatan ini di dalam UKM sahaja tetapi juga mereka juga membuat perkhidmatan ini dengan penghantaran di luar UKM juga.Perbezaan di antara Uber dan Jom Tumpang ialah Jom tumpang telah menetapkan kadar yang tetap dan juga Jom tumpang banyak menyediakan Driver dari kalangan wanita.
Kenangan Di Matrikulasi
Ini merupakan Classmate di sepanjang pengajian di matrikulasi Selangor.Pelbagai Suka dan Duka,Cabaran yang ditempoh sewaktu di Matrikulasi ini.Banyak yang berjauhan sekarang kerana setiap seorang pergi ke universiti yang tidak sama.Walaupun berjauhan tetapi kenangan bersama susah nak dilupakan.
Karnival Mikroekonomi
Friday, 9 December 2016
Sunday, 4 December 2016
Powtoon video Aplikasi Video
Sunday, 27 November 2016
SUKEM(Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia)
Ini Merupakan Pasukan Bola Baling Koleh tun Hussein Onn lelaki.Pada Minggu lepas,Pasukan ini telah berjaya masuk sehingga ke peringkat separuh akhir dan Tewas pada peringkat tersebut dengan Kolej Aminuddin Baki dalam acara bola baling pada temasya SUKEM yang diadakan pada setiap tahun di UKM.
Program Memasak Bubur Asyura Dan Tahlil
Program ini diadakan semperna puasa Asyura dengan ramai-ramai lelaki dari kolej Tun Hussein Onn datang untuk memasak bubur Asyura pada petang.Dan pada sebelah malam pula diadakan Tahlil dan bacaan Yassin.Selepas itu diadakan jamuan ringan.Program ini telah dianjurkan oleh Kelab Syabab Kolej Tun Hussein Onn.
Minggu Keusahawanan Tun Hussein Onn
Minggu Keusahawanan Tun Hussein Onn ini diadakan bersamaan dengan minggu Karnival Konvokesyen UKM.Minggu ini diadakan bersamaan dengan minggu karnival konvokesyen ini kerana Kolej Tun Hussein Onn bersebelahan Dengan Karnival tersebut dan peniaga boleh berniaga di Minggu Keusahawanan jika karnival tersebut tiada tempat untuk berniaga.
Monday, 24 October 2016
Perang Dectar
Dectar atau lebih dikenali sebagai Dewan Canselor Tun Abdul Razak ialah dewan utama bagi Universiti Kebangsaan Malaysia.Perang Dectar ini ialah perang sorakan di mana setiap kolej akan lawan bersorak antara sasa lain.Pemenang bagi perang dectar ditentukan dengan kolej mana yang terakhir meninggalkan dewan tersebut.Perang dectar ini merupakan antara event yang sangat dinantikan oleh setiap pelajar tahun 1 ambilan pertama.Perang dectar ini dilakukan pada minggu mesra mahasiswa dan pada malam penutu minggu mesra mahasiswa.Setiap kolej akan berlatih sorakan mereka dengan bersungguh-sungguh untuk menghadapi perang dectar ini.Kolej-kolej yang biasanya menjadi target pada perang dectar ialah kolej keris mas dan koleh pendeta zaba kerana kolej mereka antara yang terbesar di UKM.Nilai yang boleh anda lihat semasa perang dectar ialah semangat kerjasama antara satu sama lain,Semangat kempimpinan dan sebagainya.Sesiapa yang tidak terlibat dalam perang dectar ini amatlah rugi kerana ia merupakan salah satu event yang hanya anda akan peroleh pada tahun pertama ijazah sahaja.Pada tahun 2016 Kolej Dato Onn telah menang perang dectar kerana mereka kolej terakhir yang meninggalkan dewan tersebut.Tradisi perang dectar ini harus diteruskan untuk bakal-bakal mahasiswa yang bakal memasuki UKM kerana ini merupakan tradisi yang sangat bagus dikekalkan.Sekian sahaja dulu dari saya dan saya berharap agar sesiapa yang terjumpa blog ini akan tertarik dengan post-post yang telah saya buat.
Subscribe to:
Posts (Atom)