Monday, 24 October 2016
Perang Dectar
Dectar atau lebih dikenali sebagai Dewan Canselor Tun Abdul Razak ialah dewan utama bagi Universiti Kebangsaan Malaysia.Perang Dectar ini ialah perang sorakan di mana setiap kolej akan lawan bersorak antara sasa lain.Pemenang bagi perang dectar ditentukan dengan kolej mana yang terakhir meninggalkan dewan tersebut.Perang dectar ini merupakan antara event yang sangat dinantikan oleh setiap pelajar tahun 1 ambilan pertama.Perang dectar ini dilakukan pada minggu mesra mahasiswa dan pada malam penutu minggu mesra mahasiswa.Setiap kolej akan berlatih sorakan mereka dengan bersungguh-sungguh untuk menghadapi perang dectar ini.Kolej-kolej yang biasanya menjadi target pada perang dectar ialah kolej keris mas dan koleh pendeta zaba kerana kolej mereka antara yang terbesar di UKM.Nilai yang boleh anda lihat semasa perang dectar ialah semangat kerjasama antara satu sama lain,Semangat kempimpinan dan sebagainya.Sesiapa yang tidak terlibat dalam perang dectar ini amatlah rugi kerana ia merupakan salah satu event yang hanya anda akan peroleh pada tahun pertama ijazah sahaja.Pada tahun 2016 Kolej Dato Onn telah menang perang dectar kerana mereka kolej terakhir yang meninggalkan dewan tersebut.Tradisi perang dectar ini harus diteruskan untuk bakal-bakal mahasiswa yang bakal memasuki UKM kerana ini merupakan tradisi yang sangat bagus dikekalkan.Sekian sahaja dulu dari saya dan saya berharap agar sesiapa yang terjumpa blog ini akan tertarik dengan post-post yang telah saya buat.
Friday, 21 October 2016
Task Excel
This was my third Assignment in this class in computer application is to using excel by creating a table by using formula.This task were really challenging because i didn't always use excel and the lecture taught us a lot on how excel work and how to use it to its potential.She first taught us that we could put a formula into excel and it can count it on its own.It is better because i can use this knowledge when i work in a company because this knowledge could increase my soft skill on how to use basic computer's programmes.Secondly, We could use excel to build us a graph or pie chart and i don't even know that we could do that on excel and its make it more interesting knowing we could do this on excel.Before this i only know that excel could only do its creating tables but that a lot more of excel capablility than meets the eyes.I think that the goverment should enforce this subject to younger generation so they could use this programs to make their assignment much more easier and we are entering the IT centuries and younger generation should know on how to use the computer's in a right ways because most of the children only know that they use computer's to play games,chatting and watching video or movies online.Here are links on how to use excel correctly and hope you guys enjoys my blogs
https://www.youtube.com/watch?v=-SnBlC_1tSk
https://www.youtube.com/watch?v=-SnBlC_1tSk
Kemsis 2016
Kemsis bermaksud kembara mahasiswa yang telah dianjurkan oleh PMFEP untuk merapatkan silatulrahim di antara pelajar-pelajar tahun dengan PMFEP dan senior2 yang menyertai kem ini sebagai fasilitator.Bukan semua pelajar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan boleh join kem ini kerana kem ini hanya terbuka bagi pelajar-pelajar tahun satu sahaja dan ramai senior hendak join kem ini kerana mereka tidak dapat pergi pada tahun lepas.Kem ini sangat menarik kerana ia menambahkan kenalan yang anda kenali di dalam fakulti ekonomi dan pengurusan.Tetapi sayang sekali kem ini tidak mendapat sambutan yang meriah.Aktiviti yang dianjurkan di kem ini sangat menarik kerana ia meningkatkan soft skill dan kerjasama antara satu sama lain.Antara aktiviti yang dijalankan adalah night walk di mana anda harus berjalan seorang diri di dalam hutan untuk mencabar keberanian anda.Aktiviti seterusnya adalah jungle trakking dimana anda akan dibawa ke suatu tempat dan merangkak di dalam lumpur dan seturusnya berjalan di dalam hutan untuk pergi ke air terjun yang indah untuk bermandi manda.Selain itu, pelbagai aktiviti berkumpulan dijalankan untuk meningkatkan semangat kerjasama di antara satu sama lain seperti explorace,bermain bola beracun dan pelbagai lagi aktiviti yang menarik,Akhir sekali,pada malam terakhir kami di situ kami telah membuat ungun api dan duduk di sebuah bulatan yang besar dan bermain "truth or dare" dan juga bernyayi.Sebenarnya banyak lagi aktiviti yang dijalankan dan masa anda di sana sungguh pack di atas terdapat sedikit gambar antara aktiviti yang dilakukan dan saya berharap selepas ini ramai lagi yang join aktiviti yang dianjurkan oleh PMFEP kerana aktiviti ini rugi kalau tidak join.Sekian.
Saturday, 8 October 2016
Hari Sukan Negara UKM
Hari sukan negara ialah hari di mana kerajaan malaysia mengalakkan seluruh rakyat Malaysia untuk bersukan.Hari Sukan negara ini kebiasaannya diadakan pada minggu ke-2 bulan Oktober pada hari sabtu.Pada tahun ini kerajaan Malaysia telah melancarkan perbagai program dan mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan dari rakyat Malaysia.Antara rancangan pada hari sukan negara yang telah diaturkan ialah acara berbasikal di Putrajaya,Acara merentas desa di Kuala Lumpur dan perbagai lagi.Kerajaan Malaysia juga mengalakkan sekolah dan Universiti untuk melakukan perbagai aktiviti bagi menjayakan hari sukan negara.Pada tahun lepas,saya telah menyambut hari sukan negara saya di matrikulasi dan ianya sangat menyeronokkan dan pada tahun ini pula saya telah menyambut di UKM di mana tempat saya menyambung pelajaran saya.Ukm telah mengadakan pelbagai aktiviti iaitu Fun walk di mana semua peserta akan berjalan sejauh 3km melilingi sebahagian ukm dan berpatah balik.Seterusnya ia juga mengadakan cabutan bertuah dan hadiah untuk cabutan bertuah tersebut amat menarik untuk di menangi tetai sayang kerana nombor saya tidak kena untuk memenangi sebarang hadiah.Seterusnya, ada pelbagai aktiviti juga dijalankan iaitu silat,woodball dan ultimate frisbee.Setakat ini sahajalah dari saya dan saya berharap agar sesiapa yang terjumpa blog ini akan tertarik dengan post ini.
Friday, 7 October 2016
Minggu Persatuan Pelajar
Minggu persatuan pelajar ialah pameran bagi persatuan-persatuan@pertubuhan yang ada di UKM.Pameran ini bertujuan untuk mengenalkan pelajar-pelajar bagi setiap persatuan-persatuan yang ada di UKM.Pelajar-pelajar boleh menyertai persatuan-persatuan yang yang menarik perhatian mereka.Saya telah menyertai Kelab Urussetia Pembangunan Sumber Manusia dan juga kelab Anak jati selangor kerana saya tertarik dengan aktiviti yang akan dianjurkan oleh kelab-kelab tersebut seperti perkhemahan fasilitator,mendaki bukit broga dan pelbagai lagi.Setiap kelab yang anda telah join akan dikenakan yuran pendaftaran sebanyak rm 5.Bagi saya persatuan-persatuan ini amat patut disertai oleh pelajar-pelajar kerana ia akan membantu kalian menambahkan softskill-softskill kalian seperti bercakap di hadapan,bekerjasama dalam satu kumpulan dan pelbagai lagi.Soft skill ini penting bagi masa hadapan kerana kebanyakkan syarikat memandang berat tentang softskill ini perlu ada pada diri mahasiswa dan mahasiswi yang telah graduasi.Soft skill ini boleh membantu mahsiswa dan mahasiswi untuk menonjolkan diri lebih semasa temuduga.
Wednesday, 5 October 2016
Citra di UKM
Citra merupakan subjek tambahan yang harus diambil oleh semua pelajar.Citra ini bertujuan untuk semua pelajar UKM megenali setiap fakulti-fakulti yang berada di UKM.Terdapat pelbagai citra yang ditawarkan di UKM.Tetapi tempat yang ditawarkan bagi setiap citra adalah sangat terhad.Citra ini pula hendaklah disusun mengikut jadual masing-masing kerana takut terclash dengan subjek-subjek wajib yang diambil.Minimum jam citra yang harus diambil ialah 40 jam.Memang banyak jam dihabiskan untuk citra-citra ini.Jika pelajar UKM tidak menghabiskan jam citra ini mereka tidak dapat untuk graduate.Oleh itu kene pandailah bahagi masa supaya jam kredit citra ini tidak membebankan pada tahun-tahun terakhir.Bagi mereka yang join badan beruniform seperti palapes,sispa dan pbsm.Mereka tidak perlu hirau pasal jam kredit ini kerana mereka diberi jam kredit yang cukup untuk mengahabiskan jam kredit citra.Tetapi apabila anda join badan beruniform ini susah anda untuk bersiar-siar pada hujung minggu kerana mereka mengadakan latihan setiap hujung minggu.Tetapi jika anda join badan-badan beruniform ini anda akan tidak perlu bimbang takut dibuang kolej kerana jika sesiapa join badan beruniform mereka secara automatik akan mendapat kolej.Itulah kebaikannya,So pikirkan lah ada kebaikan dan juga keburukannya.Di UKm anda yang menentukan jadual kelas anda sendiri sebab itulah anda kena pandai susun jadual supaya tidak membebankan anda.Sesetengah citra mempunyai peperiksaan setiap akhir semester dan citra ini boleh mempengaruhi pointer anda.Jika anda mengambil citra sukan,Kebiasaannya citra sukan ini akan dilakukan pada sebelah malam.Citra pula terbahagi kepada 6 kategori iaitu C1 sehingga C6 dan anda harus mengambil kesemua kategori citra ini.Setiap citra mempunyai jam kredit yang berbeza ada yang hanya 1 jam dan ada juga yang sehingga 4 jam.Bagi yang mengambil kursus profesional seperti kedoktoran dan accounting anda diberi hanya perlu mengambil citra sebanyak 30 jam sahaja.http://www.ukm.my/citra/publication/.Anda boleh pergi ke link tersebut untuk mendapat info-info yang lebih lanjut dan list citra-citra yang ditawarkan oleh UKM.
Monday, 3 October 2016
Perkhidmatan Bas di UKM
Ini merupakan perkhidmatan bas yang disediakan oleh pihak UKM.Bas ini sungguh memudahkan pelajar-pelajar UKM untuk pergi ke fakulti dari kolej.Terdapat 3 zone disediakan oleh pihak UKM.Hanya satu zone sahaja yang pergi ke stesen UKM iaitu bas zone 6.Bas ini pergi ke stesen UKM sejam sekali.Bas ini akan pusing satu UKM bermula dari kolej Keris Mas sehingga ke Kolej Pendeta Zaba dan seterusnya bergerak ke stesen KTM.Dalam UKM pula terdapat 2 bas yang akan pusing sekitar UKM iaitu bas zone 3U dan bas zone 2.Setiap bas mempunyai laluan yang berbeza.Jika anda mendapat Kolej Pendeta Zaba anda harus menaiki bas zone 2 dan zone 6 kerana bas zone 3 tidak pergi ke kolej tersebut tetapi bas tersebut akan pergi ke Kolej Keris Mas.Bas di UKM ini adalah percuma dan tidak dikenakan bayaran langusung kepada semua pelajar.Terdapat juga bas RapidKL yang akan memasuki kawasan UKM ini.Bas RapidKL akan mengenakan bayaran sebayarak rm1-2 bergantung kepada sejauh mana anda mahu pergi.Bas Rapid KL akan memasuki kawasan UKM sejam sekali dari pukul 8 pagi sehingga 11 malam.Bas di UKM pula,zone 3 dan zone 2 hanya beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7.30 Pagi sehingga 11 Malam.Manakala Bas zone 6 beroperasi Isnin hingga Ahad dari pukul 7.30 Pagi hingga 11 Malam.Terdapat juga gambar bas UKM.Setakat ini sahaja dulu dari saya,saya berharap sesiapa yang baca blog ini akan tertarik dengan post ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)