Friday, 16 December 2016

Karnival Citra Seni

Karnival citra ini adalah anjuran Kelab kebudayaan dan sesiapa yang mengambil citra kebudayaan seperti citra gamelan,citra seni lakonan, citra foto dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan kebudayaan harus mengambil bahagian dalam karnival ini.Karnival ini akan berlansung selama 3 hari iaitu bermula dari semalam iaitu hari khamis besamaan dengan 16/12/2016 dan berakhir pada esok iaitu pada hari sabtu 18/12/2016.Karvial ini akan dilakukan di sekitar DECTAR dan juga di sekitar Panggung Seni.

KL Eco Forest













Kuala Lumpur Eco Forest ini berdekatan dengan Menara KL terletak di tengah bandar Kuala Lumpur.Kuala Lumpur Eco forest ini menggunakan hutan simpan bukit nenas.Untuk masuk ke sini tidak memerlukan bayaran satu sen pon dan di Eco forest mempunyai jambatan gantung dan mempunyai view yang cantik.Menara KL juga mempunyai view yang cantik dan harga untuk tengok view tu hanya membayar sebanyak RM 45 untuk dewasa yang mempunyai Mykad dan RM 12 untuk kanak-kanak yang mempunyai Mykid.Macam-macam yang terdapat yang di Kuala Lumpur ini.

Wednesday, 14 December 2016

Fester 2.0

Fester ini ialah pertandingan teater antara kolej-kolej yang terdapat di sekitar UKM.Fester ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat terpendam yang ada di dalam pelajar-pelajar UKM.Setiap Kolej telah membuat persembahan teater yang sungguh mantap.Kolej saya iaitu Kolej Tun Hussein Onn telah dinobatkan juara pertandingan Fester ini kerana jalan cerita dan pilihan pelakon yang sungguh baik.Saya berasa amat berbangga kerana menjadi sebahagian dari Kolej Tun Hussein Onn ini.

Malam Interaksi KTHO


Malam Interaksi Kolej Tun Hussein Onn telah berlansung pada malam 8 Disember 2016.Malam Interaksi ialah bertujuan untuk  pelajar-pelajar di Kolej Tun Hussein Onn untuk mengenali budaya-budaya di Malaysia iaitu dengan mengadakan persembahan yang terdiri dari semua Kaum dan suku Kaum yang terdapat di Malaysia.Malam Interaksi ini juga menyediakan pelbagai makanan-makanan tradisi-tradisi dari semua kaum.Saya berharap Malam Interkasi ini akan diadakan setiap tahun bagi pelajar-pelajar yang baru masuk di Kolej Tun Hussein Onn untuk mengenali budaya setiap kaum dengan lebih mendalam lagi.Saya juga berharap pada tahun-tahun akan datang ramai lagi pelajar akan menyertai malam ini.

Majlis Anugerah Pelajar





Ini ialah salah satu cara untuk mengumpulkan dana untuk program Majlis Anugerah Pelajar.Setiap AJK akan bekerja selama sejam di kedai burger ini.Jualan burger ini dilakukan di Kolej Tun Hussein Onn di tingkat atas foyer sebelah K-shop.Kami juga melakukan penghantaran dengan hanya mengenakan sebanyak rm 0.50 sahaja setiap penghantaran.

Jom tumpang



Jom Tumpang ialah sebuah syarikat yang telah dilakukan oleh Pelajar-pelajar di UKM sendiri.Jom tumpang ini ialah perkhidmatan seperti Uber untuk memudah pelajar UKM bergerak dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain.Jom Tumpang ini bukan sahaja membuat perkhidmatan ini di dalam UKM sahaja tetapi juga mereka juga membuat perkhidmatan ini dengan penghantaran di luar UKM juga.Perbezaan di antara Uber dan Jom Tumpang ialah Jom tumpang telah menetapkan kadar yang tetap dan juga Jom tumpang banyak menyediakan Driver dari kalangan wanita.

Kenangan Di Matrikulasi

Ini merupakan Classmate di sepanjang pengajian di matrikulasi Selangor.Pelbagai Suka dan Duka,Cabaran yang ditempoh sewaktu di Matrikulasi ini.Banyak yang berjauhan sekarang kerana setiap seorang pergi ke universiti yang tidak sama.Walaupun berjauhan tetapi kenangan bersama susah nak dilupakan. 

Karnival Mikroekonomi













Karnival Mikroekonomi ini telah dilakukan pada 7 Disember 2016 dan saya telah menjadi Ahli Jawatan Tertinggi Bahagian Teknikal dan Logistik.Saya juga telah menjadi pengacara majlis pada hari itu juga.Karnival ini merupakan Program yang pertama kali dianjurkan oleh bahagian ekonomi FEP ukm.

Sunday, 4 December 2016

Powtoon video Aplikasi Video

    Video ini ialah hasil kerja satu kumpulan untuk mempromosikan produk yang telah kami sekumpulan cipta.Saya amat terharu lah dengan hasil kerja yang ditunjukkan oleh setiap ahli kumpulan.Kumpulan ni memang best sebab teamwork yang bagus dan semua bagi komitmen yang tinggi.Tapi video x boleh nak upload la sebab besar sangat kot.