Mini Karnival Di Ukm
Ini merupakan karnival yang dianjurkan oleh BBA.Karnival ini berlaku di panggung seni berdekatan dengan Dewan Canselor Tun Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai "DECTAR".Karnival ini telah dijalankan pada hari Isnin lepas iaitu pada 26 haribulan September 2016.Karnival ini sangat menarik kerana pelbagai aktiviti yang telah dijalankan seperti pameran anti dadah,jualan buku lama,pertandingan fifa online dan banyak lagi.Kebanyakkan lelaki masuk ke pertadingan fifa online tersebut untuk bertanding antara satu sama lain dan juga pemenang akan mendapat hadiah.Karnival ini juga telah didatangi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan mereka telah membawa klinik pergigian bergerak dan pelajar-pelajar UKM boleh datang untuk membuat pemeriksaan gigi secara percuma tanpa dikenakan bayaran.Karnival ini mempunyai pameran anti dadah dan pameran ini bertujuan untuk memupuk kesedaran pelajar-pelajar UKM supaya menjauhkan diri dari dadah dan juga pameran ini sangat berkesan kerana ini akan mengurangkan pengambilan dadah dalam kalangan remaja zaman kini.Karnival ini juga mempunyai kempen derma darah dan ramai pelajar menderma darah kerana ia merupakan tindakkan yang mulia.Kita menderma darah ini mungkin boleh menyelamatkan nyawa orang yang lebih memerlukan.Setakat ini sahajalah dulu dari saya,saya berharap sesiapa yang terbaca blog saya ini tertarik.
No comments:
Post a Comment